Current Visitor

Selasa, 19 Februari 2013

Kegunaan Site Diary atau Diari Tapak

Contoh diari tapak

Apa itu Site Diary atau Diari Tapak?


Site Diary adalah buku harian tapak bina yang merekodkan segala aktiviti yang dijalankan setiap hari di tapak seperti bilangan pekerja, rekod penggunaan loji dan jentera, bahan binaan yang diterima, ujian-ujian yang dijalankan dan sebagainya. Selain itu, ia digunakan untuk merekod keadaan cuaca di tapak serta merekod arahan-arahan yang dikeluarkan kepada kontraktor.

Apakah kepentingan penggunaan Site Diary?

Ia boleh digunakan untuk perkara-perkara berikut:
  • Membuat pertimbangan sama ada lanjutan masa layak diberikan kepada Kontraktor
  • Membuat penilaian terhadap Perubahan Harga Bahan Binaan (VOP)
  • Membuat penilaian terhadap Tuntutan yang dibuat oleh Kontraktor
  • Mencari penyelesaian dalam pertikaian dengan Kontraktor
  • Mencari penyelesaian dalam lain-lain masalah pentadbiran kontrak
  • Memantapkan pelaksanaan pengurusan projek
Panduan Penggunaan Diari Tapak
  • Diari Tapak hendaklah disimpan dengan selamat di pejabat tapak bina mulai permulaan kerja hingga kerja siap dan seterusnya hendaklah disimpan di pejabat Pegawai Penguasa sehingga dilupuskan
  • Pegawai-pegawai Penyelia Tapak bina adalaah dipertanggungjawabkan bagi menguruskan penggunaan, penjagaan dan penyimpanan Buku Harian Tapak Bina dengan sempurna dan selamat
  • Pengisian Buku Harian Tapak Bina merupakan tugas harian Pegawai Penyelia Tapak. Pegawai Penyelia Tapak dan wakil Kontraktor yang berkenaan hendaklah menyetujui dan menandatangani bersama catatn-catatn yang dibuat dalam Buku Harian setiap hari. Wakil Kontraktor hendaklah dilantik secara bertulis oleh Kontraktor dan dimaklumkan kepada Pegawai Penguasa dan Pegawai Penyelia Tapak.
  • Buku Harian Tapak Bina hendaklah disemak oleh Pegawai Penguasa semasa membuat lawatan ke tapak bina bagi memastikan ianya sentiasa digunakan dengan teratur
  • Bagi projek-projek yang boleh dibahagikan kepada lebih daripada satu tapak bina di mana aktiviti-aktiviti pembinaan boleh berjalan serentak, Buku Harian Tapak Bina yang berasingan hendaklah digunakan bagi tiap-tiap satu tapak bina.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Cinta antara saya dan.....

Unknown berkata...

Nauwir