Current Visitor

Khamis, 20 Ogos 2015

Perakuan Sijil Separa

Sijil Perakuan Siap Separa

Apabila sesuatu projek yang sedang dilaksanakan itu telah siap secara separa atau telah mencapai keperluan untuk bangunan tersebut berfungsi serta pihak Pegawai Penguasa (SO) telah berpuas hati. Pihak Pegawai Penguasa (SO) tersebut boleh memperakukan kepada pihak kontraktor untuk pengeluaran Sijil Perakuan Siap Separa .

Peruntukan klausa di dalam borang kontrak atau Conditions Of Contract yang berkaitan dengan Perakuan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) adalah seperti berikut:

a) Klausa 42.0- Borang JKR 203A versi 2010
b) Klausa 46.1- Borang Kontrak Design And Build (PWD Form DB/T) version 2010

Kesan daripada pengeluaran Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) adalah seperti berikut:

1- Tempoh Liabiliti Kecacatan (DLP) bermula iaitu selama 1 tahun untuk kontrak konvensional dan selama 2 tahun untuk kontrak secara design and build akan berlaku kepada  bangunan yang diterima secara separa

2-Pengiraan LAD perlu dikira semula dengan membuat pengiraan terhadap bangunan yang belum siap sepenuhnya.

3. Pelepasan Bon Pelaksanaan sepenuhnya oleh pihak klien kepada kontraktor hanya boleh dilakukan setelah Sijil Siap Memperbaiki Kecacatan (CMGD) dikeluarkan kepada seluruh bangunan.



0 ulasan: