Current Visitor

Sabtu, 29 Januari 2011

Perolehan ~ Sebutharga

Sebutharga ialah salah satu kaedah perolehan yang boleh dilaksanakan oleh pihak majikan atau klien. Ia boleh digunakan untuk perolehan secara bekalan, perkhidmatan atau kerja. Perolehan secara bekalan atau perkhidmatan adalah menggunakan sijil pendaftaran di bawah Kementerian Kewangan (KK). Manakala perolehan sebutharga melalui 'Kerja' adalah menggunakan lesen pendaftaran yang dikeluarkan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Had kewangan untuk perolehan sebutharga ialah RM 50,000.00 sehingga RM 200,000.00. Walaubagaimanapun, Kementerian Kewangan Malaysia (KK) melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) 5/2009 (rujuk: http://www.treasury.gov.my/pekeliling/spp/spp052009.pdf) telah meminda had kewangan perolehan sebutharga tersebut dari RM 200,000.00 kepada RM 500,000.00. Oleh demikian, pihak agensi atau jabatan adalah dibenarkan untuk melaksanakan perolehan secara sebutharga daripada had RM 50,000.00 sehingga RM 500,000.00.

Kebaikan yang diperolehi daripada pindaan tersebut ialah, ia akan membantu mempercepatkan proses perolehan dan pelaksanaan kerja, bekalan atau perkhimatan.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jgn utk kroni-kroni dah ler...

Mardhati Husna berkata...

saya masih xpaham..ini untuk apa?? boleh explain apa itu perolehan sebut harga...saya biasa bljar dlm BI, jd maybe saya xdapat tgkap perkara ini.. harap maklum yer..maaf menyusahkan..

azilan berkata...

Masa kita belajar di IPTA, ia memang takde sentuh pasal procurement secara sebutharga. Sebutharga ini sama macam tender. cuma tender dipanggil untuk kerja melebihi RM 500,000 keatas sehingga nilai jutaan. Manakala, sebutharga adalah untuk procurement yang bernilai dibawah RM 500,000.00. Biasanya penglibatan konsultan qs hanyalah untuk projek tender kelas B keatas iaitu dalam sekitar RM 5 Juta keatas. Manakala untuk sebutharga, ia tidak melibatkan konsultan qs, tetapi lebih kepada pengurusan dalaman sesuatu agensi atau jabatan kerajaan. harap penjelasan dapat membantu