Current Visitor

Sabtu, 29 Januari 2011

Projek Keretapi Metro @ Mashair di Mekah

Kerajaan Arab Saudi telah memperuntukkan sejumlah RM 5.4 Billion untuk pembinaan projek Keretapi Metro atau Mashair di Tanah Suci Mekah. Rangkaian projek dua landasan ini adalah melibatkan 9 buah stesen yang merangkumi 3 kawasan utama iaitu Mina, Mudzalifah dan Arafah.

Tujuan projek ini dilaksanakan adalah untuk mengatasi masalah kesesakan yang berlaku pada musim haji.
 Faedah yang diperolehi daripada pelaksanaan projek ini akan dilihat dapat mengangkut 170,000 jemaah pada musim haji dan dapat menggantikan kira-kira 4000 buah bas yang beroperasi pada musim haji.


 Projek pembinaan keretapi metro ini telah dilaksanakan oleh kontraktor daripada Republic Negeri Cina iaitu China Railway Construction Corp dengan menggunakan tenaga kerja seramai 5000 orang. 


Perkhidmatan keretapi metro di Mekah ini telah mula beroperasi pada November 2010 ketika musim haji baru-baru ini.

0 ulasan: