Current Visitor

Selasa, 9 Ogos 2011

Sijil Perakuan Tak Siap Kerja @ Certificate Non Completion (CNC)

Sijil Perakuan Tak Siap Kerja atau Certificate Non Completion (CNC) ialah sijil perakuan yang dikeluarkan oleh pihak majikan atau klien kepada pihak kontraktor apabila ia didapati tidak layak untuk diperakukan bagi pengeluaran Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT).

Kesan daripada pengeluaran Sijil Perakuan Tak Siap Kerja (CNC), pihak kontraktor akan dikenakan Denda Ganti Rugi Ditetapkan (LAD) seperti yang terkandung di dalam borang kontrak sehinggalah kerja itu siap.

Walaubagaimanapun, sekiranya selepas Sijil Perakuan Tak Siap Kerja (CNC) dikeluarkan, dan didapati prestasi kerja kontraktor masih tidak memuaskan, pihak klien mempunyai hak untuk menamatkan kerja kontraktor.

Kontraktor adalah tidak dibenarkan untuk dikenakan denda LAD ketika pembayaran interim sehinggalah Perakuan Sijil Tak Siap Kerja (CNC) dikeluarkan dan ditandatangani oleh pihak Pegawai Penguasa (SO) atau Pengarah Projek (PD)

Berikut adalah contoh borang-borang yang dikeluarkan bagi tujuan pengeluaran Sijil Perakuan Tak Siap Kerja (CNC)

Notis Untuk Mengenakan Denda LAD




Perakuan Tak Siap Kerja (CNC)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

VP ape mksud dlm construction..