| 1. | Apakah yang dimaksudkan dengan Tempoh Tanggungan Kecacatan? | |
| | Tempoh tanggungan kecacatan adalah satu tempoh di mana kontraktor perlu memperbaiki apa-apa kecacatan yang dikenal pasti oleh pegawai penyelia selepas sesuatu kerja diperakukan siap. Semua perbelanjaan membaiki kecatatan hendaklah ditanggung oleh kontraktor dan tiada sebarang kos tambahan dikenakan kepada Kerajaan. | |
| 2. | Adakah tempoh masa tertentu bagi Tempoh Tanggungan Kecacatan? | |
| Tempoh tanggungan kecacatan bagi kontrak kerja adalah seperti yang berikut: | ||
| a. | Bagi kontrak kerja yang bernilai di antara RM10,000 hingga RM100,000, enam(6) bulan dari tarikh kerja diperakukan siap; dan | |
| | ||
| b. | Bagi kontrak kerja yang bernilai melebihi RM100,000 sekurang-kurangnya dua belas (12) bulan dari tarikh diperakukan siap. Bagi kerja-kerja elektrikal dan mekanikal tempoh waranti ke atas alat-alat dan logi-logi adalah dua belas (12) bulan tetapi dalam kes-kes tertentu oleh kerana kerumitan kerja, tempoh tanggungan kecacatan yang lebih lama daripada dua belas (12) bulan boleh dikenakan. | |
| 3. | Apakah obligasi kontraktor kerja dalam Tempoh Tanggungan Kecatatan? | |
| Dalam tempoh tersebut, kontraktor kerja hendaklah memperbaiki apa-apa kecacatan ke atas kerja yang telah disiapkan. Sekiranya kontraktor gagal berbuat demikian, perbelanjaan yang dikenakan untuk memperbaiki apa-apa kecacatan hendaklah dituntut daripada bon pelaksanaan. | ||
| | ||
| 4. | Apakah Tempoh Jaminan/Waranti Bagi Bekalan? | |
| Biasanya bagi bekalan, satu tempoh jaminan/waranti akan ditetapkan. Tempoh jaminan/waranti adalah bergantung kepada jenis dan kerumitan barang. Tempoh waranti pembuat adalah berbeza daripada tempoh waranti/jaminan oleh pembekal, jika pembekal bukan pembuat. Bagi kontrak bekalan, kontraktor hendaklah memperbaiki apa-apa kerosakan atau mengganti barang yang dibekalkan. Jika kontraktor tidak berbuat demikian, perbelanjaan untuk memberbaiki apa-apa kerosakan hendaklah dituntut daripada bon pelaksanaan. Jika kontraktor gagal mengganti barang yang ditolak penerimaannya, kos barang hendaklah dituntut daripada bon pelaksanaan. | ||








0 ulasan:
Catat Ulasan