Current Visitor

Sabtu, 24 September 2011

Design Guarantee Bond

Merujuk kepada klausa 22.2 Borang JKR 203 / 2007 ada menyatakan untuk setiap projek yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan mengkehendaki supaya pihak kontraktor menyediakan Design Guarantee Bond yang bernilai 5% daripada nilai kontrak yang mempunyai 'design'.

Bon Jaminan Rekabentuk ( Design Guarantee Bond) boleh disediakan oleh pihak bank atau institusi kewangan. Bon Jaminan Rekabentuk ini perlu disediakan sebaik sahaja Sijil Perakuan Siap Kerja atau Certificate Of Practical Completion (CPC) dikeluarkan. Tempoh bon ini perlu sah sehingga tempoh 5 tahun dari tarikh CPC dikeluarkan.

Sekiranya, pihak kontraktor gagal menyediakan Bon Jaminan Rekabentuk ini, pihak kerajaan berhak menuntut melalui Bon Pelaksanaan yang telah disediakan ketika awal projek bermula.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalam, Bond di atas hanya dikenakan sekiranya ada sebahagian design yang dibuat oleh Kontraktor. 5% bukan drpda keseluruhan kontrak hanya kepada nilai kerja yang direkabentuk oleh kontktor sahaja. harap maklum.

azilan berkata...

Terima kasih atas makluman, telah diperbetulkan

Tanpa Nama berkata...

Adakah format Design Guarantee sama dengan format Performance Bond?

azilan berkata...

sama jer, cuma tukar letter had kat atas

S.John berkata...

Dapatkah Design Guarantee dituntut separuh nilainya apabila genap 2 tahun setengah dari tarikh CPC.

azilan berkata...

selyter john: design guarantee ini hanya boleh ditebus olrh kontraktor apabila telah mencapai tempoh 5 tahun selepas cpc dikeluarkan

azilan berkata...

Saudara Unknown

Tak boleh walaupun nilainya sama

nffr berkata...

Bank guarantee yg diambil oleh kontraktor pd awal projek akan expire dan akn dipulangkan pd tarikh CMGD diisukan. Sekiranya semasa cpc kontraktor mengemukakan design guarantee bond, adakan bank guarantee itu boleh dipulangkan semula pd kontraktor semasa cpc?

BORSA BOUTIQUE berkata...

Hi,
Saya ingin bertanya, sekira sesuatu kontrak Form D&B telah dikeluarkan CPO, Adakah design bond juga perlu dikemukakan setelah CPC dikeluarkan?.

Mike berkata...

Apa yg berlaku sekiranya kontraktor tidak dpt menyediakan DGB?

Adakah kerajaan perlu pulangkan wang yg diambil drpd bon pelaksanaan utk byrn ganti BGD kpd kontraktor selepas 5 tahun?

Mike berkata...

Apa yg berlaku sekiranya kontraktor tidak dpt menyediakan DGB?

Adakah kerajaan perlu pulangkan wang yg diambil drpd bon pelaksanaan utk byrn ganti BGD kpd kontraktor selepas 5 tahun?

Mike berkata...

Apa yg berlaku sekiranya kontraktor tidak dpt menyediakan DGB?

Adakah kerajaan perlu pulangkan wang yg diambil drpd bon pelaksanaan utk byrn ganti BGD kpd kontraktor selepas 5 tahun?