Current Visitor

Jumaat, 27 Januari 2012

Kaedah-kaedah Pemilihan Kontraktor

Jenis – jenis utama kaedah pemilihan kontraktor yang berdasarkan factor tahap pertandingan yang dikenhendaki :

1. Terbuka
2. Terpilih
3. Rundingan
4. Bersiri
5. Tempoh
6. “ Fast-tracking”

Terbuka

Mana-mana kontraktor yang berfikir dia mampu melaksanakan projek yang dicadangkan boleh memasuki tender. Cara ini dianggap membazir, tetapi majikan boleh menghadkan jumlah penender dengan meletakkan syarat-syarat seperti kelas dan jenis kerja kontraktor. Kaedah ini member tender. Secara teori, kaedah ini patut mendapatkan harga yang kompetitif dan terrendah, tetapi keupayaan kontraktor tersebut mungkin disangsi. Kontraktor yang kurang pengalaman mungkin tidak menyedari risiko kontrak dan menender dengan harga yang rendah. Bagaimanapun majikan tidak terikat untuk memilih tender yang terendah sekali. Lazimnya, untuk memanggil tender secara terbuka, tender diiklankan di surat khabar. Kaedah ini sering digunakan untuk projek-projek kerajaan bagi memenuhi ketanggungjawaban awam.

Terpilih


Hanya kontraktor yang memenuhi kriteria-keriteria tertentu dijemput untuk menendar. Kaedah ini boleh mendapatkan harga terendah dari kontraktor-kontraktor yang setanding. KOntraktor – kontraktor dijemput dari senarai yang telah dikumpulkan oleh majikan atau perunding profesional.

Rundingan

Kaedah ini membabitkan rundingan terus antara majikan atau wakilnya dan satu atau beberapa kontraktor. Kaedah ini digunakan dalam keadaan di mana telah wujud hubungan perniagaan di antara dalam keadaan di mana telah wujud hubungan perniagan di antara majikan dan kontraktor mempunyai keupayaan khas, kualiti yang tinggi, perlu memulakan dan menyiapkan kerja dengan cepat, atau kontraktor diperlukan member input reka bentuk. Oleh sebab kaedah ini tidak ada atau kurang pertandingan, harga kontraktor mungkin lebih tinggi dari yang boleh diperolehi melalui kaedah ini.

Bersiri

Majikan yang mempunyai program binaan yang berterusan boleh menggunakan cara kontrak bersiri dengan satu kontraktor. Kontraktor akan meneder untuk suatu projek dan sekiranya prestasinya memuaskan, dia akan memdapat kontraktor-kontraktor lain yang serupa jenis. Kesinambungan kerja dapat mengurangkan kos menender, kontraktor sudah faham kehendak majikan, kerja lebih efisyen dan mungkin harga yang lebih rendah.

Tempoh

Majikan mungkin menghendakkan belbagai kerja dilaksanakan bagi suatu tempoh tertentu. Dalam keadaan ini, kontraktor dipilih untuk melaksanakan semua kerja yang dikenal pasti bagi sesuatu tempoh megikut jadual kadar harga yang tetap untuk dijangka masa tertentu. Apabila majikan memerlukan kerja dilaksanakan, dia akan mengeluarkan arahan-arahan dan dia dapat mengganggarkan kos yang penyelenggaran. Kontraktor akan melaksanakan semua jenis kerja penyelenggaraan yang dihuraikan berpanduan jadual kadar harga yang telah dipersetuju.

“Fast-Tracking”

Ini adalah satu kepelbagaian dari kaedah sedia ada. Dalam kaedah ini berbagai-bagai bahagian kerja dalam satu projek itu dilaksaankan secara bertindih. Pakej-pakej kerja dikenal pasti sebagai kontrak berasingan dan bermula mengikut fasa-fasa yang ditetapkan. Lukisan atau butir reka bentuk untuk keseluruhan kerja mungkin belum lengkap sepenuhan semasa memulakan projek . Bahagian-bahagian dilaksanakan berperingkat dan berdindih. Kaedah ini dapat memendekkan tempoh penyiapan keseruluhan projek dan boleh menjimatkan kos.

0 ulasan: