Current Visitor

Selasa, 3 Januari 2012

Reka Dan Bina (Design And Build) vs Turnkey

Kontrak Reka dan Bina atau dikenali dengan Design & Build ternyata mempunyai perbezaan dengan kontrak turnkey. Tentu ramai yang tak berapa perasan apa perbezaan tersebut.

Kontrak design and build adalah suatu projek yang akan dibina oleh sebuah syarikat yang dilantik dimana ia bertanggungjawab untuk merekabentuk dan membina mengikut kehendak-kehendak yang telah dinyatakan oleh pihak klien. Setelah  projek atau bangunan itu siap, ia akan menyerahkan kepada pihak klien untuk tindakan  melengkapkan dengan peralatan dan kelengkapan yang diperlukan.

Manakala untuk kontrak turnkey, sesebuah syarikat yang dilantik akan bertanggungjawab untuk merekabentuk, membina dan melengkapkan peralatan serta kelengkapan sebelum diserahkan kepada pihak klien.

Contoh berikut boleh difahami, 
  • Kontrak Design & Build ~ Pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berhasrat untuk membina sebuah kampus baru yang mengandungi bangunan fakulti, dewan percubaan dan kafeteria dengan menggunkan  kaedah design and build. Oleh yang demikian, kontraktor yang dilantik hanya bertanggungjawab untuk merekabentuk dan membina serta menyerahkan bangunan kosong kepada pihak UPSI mengikut kehendak yang telah ditetapkan.
  • Kontrak Turkey ~ Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia berhasrat untuk membina sebuah hospital baru yang lengkap dan mengandungi bangunan-bangunan, makmal-makmal dan peralatan. Untuk kaedah yang tersebut, adalah disaran untuk menggunakan kaedah turnkey. Oleh yang demikian kontraktor yang dilantik akan bertanggungjawab untuk merekabentuk, membina serta melengkapkan peralatan-peralatan  atau kemudahan seperti katil, wad, makmal, peralatan pembedahan dan lain-lain sebelum diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk tujuan operasi..

    0 ulasan: