Current Visitor

Isnin, 24 September 2012

Info: Lebuhraya Butterworth - Kulim (BKE)



Lebuhraya Butterworth-Kulim atau BKE  adalah lebuh raya yang dibina untuk menghubungkan antara Butterworth dan Kulim, Kedah
Pembinaannya telah bermula pada Disember 1994 dan tamat pada September 1996.
Konsortium Lebuhraya Butterworth-Kulim (KLBK) Sdn Bhd, anak syarikat PLUS Expressway Berhad ("PLUS Expressways") telah diberikan konsesi serta kontrak membina dan mengendalikan lebih raya kembar empat lorong dengan lorong motosikal serta kemudahan berkaitan bagi lebuh raya sepanjang 16.78 km.
Tempoh konsesi adalah selama 32 tahun (Jun 1994 hingga Jun 2026, termasuk 2 tahun tempoh pembinaan), di mana selepas itu lebuh raya berkenaan akan diserahkan kepada kerajaan persekutuan.
Ciri-ciri pembinaan Lebuharaya ini adalah seperti berikut:
  •  Had laju sederhana 90 km/j
  •  Lebuh raya kembar 4 lorong
  • Telefon kecemasan
  •  Lorong kecemasan



0 ulasan: