Current Visitor

Khamis, 11 Ogos 2011

Jom Kenali - Lebuhraya Kemuning- Shah Alam (LKSA)

Sebuah Lebuhraya baru telah dibina di kawasan Bandaraya Shah Alam. Lebuhraya Kemuning - Shah Alam atau dikenali sebagai LKSA telah dibina bagi mengurangkan kesesakan dan sebagai jalan alternatif bagi penduduk yang menetap di kawasan Shah Alam, Selangor. Lebuhraya telah dibina dengan kos berjumlah RM 750 Juta. Projek yang mempunyai kepanjangan sejauh 14 kilometer ini telah dimulakan pada Ogos 2007 dan siap pada awal 2010. Lebuhraya ini telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, Y.B Dato Shaziman Mansor pada 18 Mei 2010.

Projek ini telah diuruskan oleh syarikat konsesi Projek Lintasan Shah Alam yang merupakan anak syarikat kepada Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) dengan tempoh konsesi selama 40 tahun.

Ciri-ciri lebuharaya ini adalah seperti berikut:

  • Bermula dari persimpangan Kota Kemuning sehingga Bulatan Selangor di Shah Alam
  • Mempunyai 6 persimpangan iaitu Persimpangan Kota Kemuning, Persimpangan Jalan Bukit Kemuning, Persimpangan Alam Impian, Persimpangan Bulatan Jubli Perak, Persimpangan Bulatan Selangor dan Persimpangan Lebuhraya Persekutuan.
  • Mempunyai 2 plaza tol terbuka iaitu di Alam Impian dan Seri Muda

2 ulasan:

niij berkata...

artkitek ke?

Tanpa Nama berkata...

bro keje bahagian nie ke? :) papepun.. SALAM RAMADHAN.. (^__~)