Current Visitor

Selasa, 18 Oktober 2011

Hebahan ~ Seminar ‘Procurement Strategies & Legal Issues For Consultants’



  • QS Capacity Development Programme (QSCDP) iaitu satu badan yang ditubuhkan bawah kerjasama Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) dan The Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) akan menganjurkan satu seminar bertajuk ‘Procurement Strategies & Legal Issues For Consultants’ yang akan berlangsung pada 21 hingga 22 November 2011 bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur
  • Fokus Seminar ini adalah bagi memberi pendedahan kepada Tatacara Perolehan dan Perlantikan Perkhidmatan Perunding Profesional yang baru sejajar dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.2 Tahun 2011 (proses pelaksanaan tender untuk semua disiplin perunding profesional bagi projek-projek awam) dan juga isu-isu terkini yang seringkali timbul berkaitan perkhidmatan perunding profesional dari sudut perundangan.
  • Seminar ini adalah terbuka kepada semua pihak yang terlibat dalam industri pembinaan, khususnya pegawai-pegawai JKR Ibu Pejabat dan Negeri (HOPT’s/ HODT’s/ Pegawai Penguasa Projek/ Pengarah Projek), perunding-perunding profesional (Arkitek, Jurutera Sivil & Struktur, Jurutera Mekanikal, Jurutera Elektrikal, Juruukur Bahan, Juruukur Bangunan, Juruukur Tanah, Juru Perancang Bandar & Wilayah, dan lain-lain), para akademik dan pegawai-pegawai dari semua agensi kerajaan. 
  • Untuk keterangan lanjut, sila layari pautan berikut:- http://senggara.files.wordpress.com/2011/10/brochures-14oct-plain1.pdf
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan dan memerlukan keterangan dengan lebih lanjut, sila hubungi pegawai-pegawai di nombor talian dan email berikut:-
  1. Imran Zin Tel: 03-2616 5462 email: imran_zin@jkr.gov.my
  2. Syed Saiful Nizam Tel: 03-2616 5361 email: SSNizam@jkr.gov.my
  3.  Imilia Tel: 03-2616 5428 email: Imilia@jkr.gov.my
  4. Diyana Tel: 03-2616 5432 email: Nordiyana@jkr.gov.my
  5. Marinee Tel: 03-2616 5520 email: Marinee@jkr.gov.my

0 ulasan: