Current Visitor

Isnin, 3 Oktober 2011

Kelulusan Kuantiti Sementara (Provisional Quantity)

Kuantiti Sementara atau Provisional Quantity adalah kuantiti sementara yang tidak dapat dijangka ketepatannya semasa Senarai Kuantiti (BQ) disediakan untuk tujuan perlaksanaan perolehan tender. Ia perlu diukur semula antara dua pihak iaitu kontraktor bersama-sama Pegawai Penguasa (PP) setelah kerja telah siap ditapak.

Antara item-item yang selalu dikategorikan sebagai Kuantiti Sementara (Provisional Quantity) adalah seperti kuantiti tanah, pasir, batu pada kerja-kerja tanah (earthwork) atau kerja-kerja infra.

Dalam perlaksanaan projek-projek kerajaan, berdasarkan Peruntukan Arahan Perbendaharaan (A.P) 202.2 Jadual III (d) ada menyatakan tentang seperti berikut
" Bagi memastikan tidak berlaku perubahan atau tambahan yang besar dalam kerja-kerja kuantiti sementara, ciri-ciri kawalan adalah diperlukan di semua peringkat".

Setelah kerja-kerja yang melibatkan Kuantiti Sementara atau Provisional Quantity siap di tapak. Pegawai Penguasa (P.P) atau wakilnya dengan kadar yang segara, perlu melakukan semakan atau penyiasatan semula untuk memastikan kuantiti kerja tidak melebihi anggaran kuantiti yang terdapat dalam BQ.

Sekiranya, terdapat pertambahan kuantiti, Ia perlu dibawa dan dibentangkan bersama-sama justifikasi untuk kelulusan Jawatankuasa Kerja Tambahan Kuantiti Sementara yang berkaitan bagi meluluskan pertambahan kuantiti sementara tersebut. Kuantiti Sementara (Provisional Quantity) yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja Tambahan Kuantiti Sementara bolehlah diperakukan untuk pembayaran selanjutnya dengan syarat Pelarasan Keatas Harga Kontrak telah dilakukan.

Contoh gambar kerja-kerja Provisional Quantity (Kerja-Kerja Tanah)

Contoh gambar kerja-kerja Provisional Quantity (Kerja-Kerja Jalan)

6 ulasan:

pakli berkata...

Oh..baru tau tentang provisional kuantiti..thanks bg info

Mummy Bie berkata...

bolehkah kuantiti lebihan di bayar sebelom KKS dibentangkan atau di luluskan?

youthless04 berkata...

Bagi item yg telah diluluskan untuk apk..adakah item tersebut dikira sbg kks?sekiranya berlaku kekurangan selepas kpk telah dibuat dan pertambahan perlu dilakukan, adakah item tersebut perlu dibentang semula utk kpk?atau hanya perlu remeasure?

youthless04 berkata...

Bagi item yg telah diluluskan untuk apk..adakah item tersebut dikira sbg kks?sekiranya berlaku kekurangan selepas kpk telah dibuat dan pertambahan perlu dilakukan, adakah item tersebut perlu dibentang semula utk kpk?atau hanya perlu remeasure?

Unknown berkata...

Item yg ada all qty provisional sj ka perlu diukur semula di tapak??yg tidak ditulis ikut qty yg dlm Bq sj ke

Unknown berkata...

Kerja Provisinal adakah wajib dilakukan ..kiranya kontraktor tk mampu lakukan kerja ini apakah tindakan main con