Current Visitor

Jumaat, 18 Februari 2011

Bon Pelaksanaan

Bon Pelaksanaan ialah satu bentuk jaminan yang wajib  dan perlu disediakan oleh pihak kontraktor yang telah disetujuterima oleh pihak klien iaitu pihak kerajaan sebelum ia memulakan kerja di tapak.

Nilai Bon Pelaksanaan adalah 5% daripada jumlah harga kontrak. Contoh pengiraan adalah seperti berikut:

Katakan harga kontrak termasuk kos builders work dan prime cost adalah RM 1 Juta. Jadi nilai bon pelaksanaan ialah RM 1 Juta x 5% = RM 50,000.00

Terdapat dua jenis bon pelaksanaan yang boleh dikemukakan oleh pihak kontraktor iaitu Jaminan Bank atau Bank Guarantee dan Wang Jaminan Pelaksanaan atau Performance Sum Guarantee.

Bon Pelaksanaan dalam bentuk Jaminan Bank adalah satu bon yang disediakan oleh pihak kontraktor dan dikeluarkan oleh bank-bank tempatan mengikut nilai 5% daripada jumlah harga kontrak. Tempoh jaminan tersebut adalah meliputi tempoh harga kontrak asal + tempoh kecacatan kerja + 1 tahun.

Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) pula ialah satu kaedah alternatif penyediaan bon pelaksanaan sekiranya kontraktor gagal atau tidak dapat mengemukakan bon  dalam bentuk jaminan bank. Cara pelaksanaan kaedah ini ialah melalui pemotongan bayaran interim sebanyak 10% sehingga ia mencapai nilai 5% dariapada harga kontrak.

Bon Pelaksanaan ini hanya boleh dituntut oleh pihak kontraktor apabila Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) dikeluarkan oleh pihak klien. Walaubagaimanapun nilai yang boleh dituntut hanya adalah separuh atau 2.5% dari nilai 5%. Manakala  baki 2.5% nilai bon pelaksanaan hanya boleh dituntut oleh kontraktor selepas pengeluaran Sijil Siap Memperbaiki Kecacatan (CMGD).

Sekiranya pada tempoh Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) dikeluarkan oleh pihak klien dan didapati pihak kontraktor mengemukakan bon pelaksanaan melalui Jaminan Bank. Ia perlu mengemukakan jaminan bank baru yang bernilai 2.5% dari harga kontrak untuk merangkumi dari Tempoh Siap Kerja sehingga Tempoh Kecacatan (DLP) berakhir.

2 ulasan:

Husna berkata...

Masih ramai yang menggunakan istilah wang tahanan dalam kontrak kerajaan, sedangkan ia digunakan dalam projek 'private' yang menggunakan form PAM

azilan berkata...

WJP tidak boleh ditukar kepada Design Guarantee. Kontraktor tetap perlu sediakan seperti kehendak kontrak