Current Visitor

Khamis, 24 Februari 2011

Kadar Denda Dan Gantirugi Ditetapkan (LAD)

Kadar Denda Dan Gantirugi Ditetapkan atau LAD (Liquidated Ascertained Damage) adalah satu kadar denda yang akan dikenakan terhadap pihak kontraktor sekiranya gagal menyiapkan projek dalam masa yang telah ditetapkan atau tempoh Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa (EOT) telah berakhir. Walaubagaimanapun, LAD hanya boleh dilaksanakan terhadap kontraktor sekiranya Sijil Perakuan Kerja Tak Siap (CNC) telah dikeluarkan.

Untuk mengira LAD formulanya adalah seperti berikut:

             Prime Rate (PR) 
                    365 hari

Kadar PR adalah bergantung kepada BLR atau Kadar Pinjaman Asas yang dikeluarkan oleh bank-bank perdagangan tempatan seperti Maybank, CIMB, Public Bank dan lain-lain lagi.

Kita ambil satu contoh, katakan harga kontak adalah RM 5 Juta dan kadar BLR semasa adalah 6.0%

       Jadi      6.0%   = 0.0164% untuk kadar LAD sehari
                   365

          =>     0.0164%  x RM 5,000,000.00
                    100%

          =>  RM 820.00 sehari.

Jadi kadar LAD yang akan dikenakan kepada kontraktor sekiranya gagal menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan adalah sebanyak RM 820.00 sehari.

Kepada sahabat-sahabat di luar sana, bolehlah mencuba membuat pengiraan atau latihan mengikut contoh formula yang diterangkan sebentar tadi. 

12 ulasan:

A'IM berkata...

boleh rujuk kat tips ini http://kindofsoul.blogspot.com/2011/02/tips-syarat-syarat-seorang-blogger-baru.html

Mr Laici berkata...

owhh.. baru tahu.. ingat rate untuk L.A.D adalah fixed atau yg termaktub dekat kontrak.. rupa2 nya ada formula ehh.. tq for the info

Entry Terbaru: Apa Dah Jadi dengan DrBook..

husna berkata...

Terima Mr Laici atas maklumbalas

[silkyhazwan] berkata...

boleh cerita formula nak kira LAD utk PAM, CIDB dan IEM?
susah nak mencari formula ni

Saf Wanx berkata...

boleh saya tahu BLR tu ape dalam bahasa panjangnyer??? nak tahu jugak dalam bahasa ingeris dia tu ape??? hehehe... maaf tak tahu saya budak baru belajar... harap dapat membantu.

Mazuan Lin berkata...

Base Lending Rate.

mirzan mazlan berkata...

Berapa lama LAD perlu dikenakan kepada kontraktor dlm masa EOT?

Sapa tahu???

amuktokjulap75 berkata...

LAD dikenakan kepada kontraktor sahaja ke..bagaimana dengan pihak perunding atau operator kemudahan yang diperolehi secara kontrak dengan kerajaan atau pihak main-operator/consultant..adakah LAD juga boleh dikenakan atau terdapat lain pendekatan?

chilinjohar berkata...

Mr Amuktokjulap: terima kasih kerana visit blog. Apa-apa pun untuk kenakan LAD, kita kena tengok kepada kandungan kontrak. sekiranya ia membenarkan, denda LAD akan dijalankan

asmai azmi berkata...

tumpang tanya peratus BLR main con dengan sub con adlah sama kew...

asmai azmi berkata...

tumpang tanya peratus BLR main con dengan sub con adlah sama kew...

chilinjohar berkata...

asmai azmi... sama jer