Current Visitor

Selasa, 26 Jun 2012

PEKELILING KONTRAK PERBENDAHARAAN BIL. 10 TAHUN 2011 ~ KONTRAK SISTEM PANEL BAGI BEKALAN DAN PENGHANTARAN PERABOT PEJABAT KERUSI BERASASKAN KAIN KEPADA SEMUA AGENSI KERAJAAN DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA


1. Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini bertujuan memaklumkan mengenai Kontrak Sistem Panel bagi bekalan dan penghantaran Perabot Pejabat Kerusi Berasaskan Kain kepada Semua Agensi Kerajaan Di Semenanjung Malaysia 

LATAR BELAKANG 

2. Kerajaan telah bersetuju agar item Perabot Pejabat Kerusi Berasaskan Kain diuruskan melalui Kontrak Sistem Panel. Agensi hendaklah memperoleh item Perabot Pejabat Kerusi Berasaskan Kain hanya di kalangan syarikat panel pembekal yang dilantik.   

3. Kriteria pelantikan syarikat panel pembekal adalah seperti berikut: 

i. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan sebagai pembuat dalam kod bidang 020199 (Pembuat Perabot Berasaskan Kain/Fabrik) 
ii. Syarikat bertaraf Bumiputera sepanjang tempoh ini berkuat kuasa; 2
iii. Produk mempunyai sijil perakuan daripada Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) atau SIRIM QAS International Sdn. Bhd., mana yang 
berkaitan;  

TEMPOH KONTRAK 

4. Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk melantik syarikat panel pembekal seperti di  Lampiran A sebagai panel pembekal bagi Kontrak Sistem Panel Bekalan Dan Penghantaran Perabot Pejabat Kerusi Berasaskan Kain Kepada Semua Agensi Kerajaan Di Seluruh Semenanjung Malaysia mulai 15 Ogos 2011 sehingga 30 Jun 2013. 

5. Syarikat adalah diwajibkan mengemukakan laporan seperti di  Lampiran B ke Kementerian Kewangan untuk setiap suku tahun sebelum 15hb. bulan berikutnya sebagai memenuhi keperluan Kontrak Sistem Panel ini. Kegagalan syarikat mengemukakan laporan tersebut akan menjejaskan peluang penyenaraian sebagai panel pembekal pada masa hadapan. 

KAEDAH PEROLEHAN

6. Perolehan bagi item Perabot Pejabat Kerusi Berasaskan Kain hendaklah diuruskan sendiri oleh agensi di kalangan syarikat panel pembekal yang dilantik. Tatacara bagi perolehan ditetapkan seperti berikut: 

i.   Perolehan bernilai di bawah RM50,000 setahun atau dalam satu kontrak, agensi 
dibenarkan melaksanakan perolehan secara pembelian terus di kalangan manamana panel pembekal yang dilantik;  

ii.   Perolehan melebihi RM50,000 sehingga RM500,000 setahun atau dalam satu kontrak, hendaklah diuruskan melalui kaedah sebut harga di kalangan panel pembekal yang dilantik. Pemilihan panel pembekal yang berjaya hendaklah diputuskan oleh Jawatankuasa Sebut Harga Agensi;  

iii.   Perolehan melebihi RM500,000 setahun atau dalam satu  kontrak, hendaklah diuruskan melalui kaedah sebut harga di kalangan panel pembekal yang dilantik. Pemilihan panel pembekal yang berjaya hendaklah diputuskan oleh Lembaga Perolehan Agensi; dan 

iv.   Kontrak formal hendaklah ditandatangani bagi kontrak yang bernilai melebihi RM50,000 selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 176.1


0 ulasan: