Current Visitor

Sabtu, 2 Jun 2012

Penawaran Kursus Ukur Bahan di Politeknik

Kepada para pelajar-pelajar lepasan SPM yang berminat untuk mengikuti jurusan Ukur Bahan  atau QS di Institut  Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tetapi gagal mendapatkan tempat, boleh mencuba untuk memohon melalui politeknik. Politeknik ada menawarkan kursusnya melalui peringkat Diploma

Syarat kelayakan untuk memohon mengikuti kursus diploma di Politeknik adalah seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Lulus Bahasa Melayu pada peringkat SPM
  • Lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM
  • Mendapat kepujian 5 kepujian peringkat SPM samaada Matematik/Matematik Tambahan DAN SATU (1) mata pelajaran kumpulan Sains/ Teknologi/ Vokasional/ Sastera DAN TIGA (3) mata pelajaran lain.
Politeknik-politeknik yang menawarkan kursus Diploma Ukur Bahan adalah seperti berikut:

  • Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang 
  • Politeknik Kota Bharu, Ketereh, Kelantan 
  • Politeknik Kuching Sarawak, Matang, Sarawak
  • Politeknik Merlimau, Merlimau, Melaka
  • Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah
Sebarang Pertanyaan, bolehlah rujuk kepada alamat berikut:

Bahagian Pengambilan Pelajar,
Jabatan Pengajian Politeknik,
Aras 4, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

Telefon: 03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/ 9258/ 9259/ 9313 
Faks : 03-8891 9319  

3 ulasan:

~ yoona ~ berkata...

sy pn salah seorang student QS d politeknik KK dan tlh menjalani latihan industri. minat dlm QS semakin mendalam dan sangat suka dengan budang nie..
blog ni jg banyak memberikan info2 yang saya perlukan sebagai student dalam menjawab persoalan2 sy tentang peranan QS

Nur Delima Enterprise berkata...

Assalamualaikum,

Saya sedang mencari Ass QS yang baru Graduate untuk bekerja dengan saya. Pejabat saya berada di Taman Putra Perdana Puchong.

Gaji yang menarik serta alaun kenderaan dan alaun talifon disediakan. Selepas confirm ada kenaikan gaji dan adjustment alaun.

Kemasukan pada 1 Januari 2015

Pada mereka yang berminat bolehlah menghantar Resume ke email nurdelima09@yahoo.com atau call 0193569890 untuk set appointment.

Ode berkata...

Bahasa pengantaraan di poli anda dlm bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris?